CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

My photo
BERINGIN RENDANG, PUNCAK IDAMAN, Azerbaijan
ASAL KU...bila bulan mengambang maka akan tidurlah sekalian umat ,di masa itulah akan muncul seorang jejaka tampan yang bernama "BIYONCET"

Wednesday, January 20, 2010






Adakah anda kenal siapa penyanyi ini? Ini adalah antara penyanyi yang paling biyon sukai(fanatik )

Nama sebenar beliau adalah A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan IKLIM yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.

Abg Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Banyak lagu saleem yang biyon minat maklumlah biyon in antara peminat lagu rock jiwang ,anatara lagunya yang best kira boleh tangkap leleh la seperti bunga emas, bukan niat ku, bukan ku tak sudi, juwita dan banyak lagi, Suara abg saleem ni macam lemak-lemak serak gitu , kalau orang putus cinta dengar lagu Dia ni memang tangkap leleh la, sampai makan pun tak lalu,

Dalam banyak-banyak lagu abg saleem lagu “bukan niat ku” memberi seribu makna buat biyon, bila biyon dengar je lagu tu pasti biyon teringat kisah cinta pertama biyon (firs love) masa tu tingkatan 6 nama budak 2 N_ _ _ _ _ h . dia mintak putus tapi biyon tak nak, dan lama-kelamaan putuslah hubungan kami ,masa 2 bila .lepas je putus biyon terdengar pula lagu tu , terus mengalir air mata jawabnya, sampai sekarang kalau biyon dengar lagu tu mesti biyon teringat Kat dia

Tapi seribu kali sayang abg saleem ni suka hisap dadah , dah berapa kali dah dia keluar masuk pusat , tu la silapnya abg saleem ni nak kan suara sedap tapi ambil benda haram ni pula kesian aga saleem….

Kat sini adalah senarai lagu abg saleem dan IKLM :


  1. Suci Dalam Debu
  2. Satu Kesan Abadi
  3. Hakikat Sebuah Cinta
  4. Sandiwara Cinta Semusim
  5. Ammarah
  6. Bulan Jatuh ke Riba
  7. Gerhana Cinta Luka
  8. Abadi
  9. Selamat Tinggal Penderitaan
  10. Elusan Cinta
  11. Sayembara
  12. Menjejak Bayang Bayang ( duet Saleem & Wann )
  13. Budi
  14. Mimpi Yang Pulang
  15. Blues Terengganu Kita
  16. Mahligai Seribu Mimpi
  17. Mantera Anak Seni
  18. Aduhai! Seribu Kali Sayang
  19. Rumah Kecil Buluh Semambu
  20. Aku Pasti Kembali
  21. Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) ( LAGU TRADISIONAL )
  22. Bukan Aku Tak Cinta
  23. Dunia
  24. Patah Ranting Di Cermin Usia
  25. Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal )
  26. Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran )
  27. Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP )
  28. Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang )
  29. Pesona ( Saleem feat Hillary Ang )
  30. Sheilla
  31. What Can I Say
  32. Di Pintu Mahligai
  33. Sebenarnya Kata Pujangga
  34. Dialah Segalanya
  35. Si Karut Marut
  36. Bukan Niatku
  37. Kasih Syurgawi
  38. Retak Seribu
  39. Hey Maria
  40. Bukan Ku Tak Sudi
  41. Cinta Yang Aku Punya
  42. Karam Di Lautan Duka
  43. Mungkin Tak Pasti
  44. Puteri 96
  45. Sambutlah Tanganku
  46. Maaf
  47. Juwita
  48. Lara
  49. Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani )
  50. Dari Kekasih Kepada Kekasih
  51. Rajuk
  52. Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury )
  53. Mahligai Syahdu
  54. Ratib Orang Pinggiran
  55. Airmata Kasih
  56. Ratu Sanubari
  57. Merisik Khabar
  58. Antara Rintih Dan Tangisan
  59. Bunga Emas
  60. Senandung Semalam
  61. Insan Seni
  62. Semut
  63. Debu Debu Rindu
  64. Hutang
  65. Antara Hujan Dan Airmata
  66. Dendangan Kalbu
  67. Kau Anugerahku
  68. Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search )
  69. Alam Cinta
  70. Sepi Sekali
  71. Gerimis Senja
  72. Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad )
  73. Ke Hujung Hayat
  74. Cinta Buana
  75. Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi)
  76. Wanitaku
  77. Kamelia
  78. Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal )
  79. Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah )
  80. Tamu Jiwa
  81. Demi Cinta
  82. Tinggal Kenangan

Biyon harap jangan la kita hina bekas penagih dadah dan jangan la kita nak kan kelebihan kita gunakan dadah so ingat la semua





















Tuesday, October 20, 2009

sahabat atau teman

kawan
hadir mu untuk sementar
hilang semasa duka
datang semasa ceria
mencari sinar di balik ceria
mencari salah di balik duka

sahabat
mencari mu bukannya mudah
dalam belukar dusta susah di dapat
mejadi pembela dikala merempat
menjadi penyambung di masa sesak

hidup ini memnag senak
penuh dengan segala maksiat
mencari sahabat bukan nya mudah
kalau dapat hanya seorang
masa sedih ada di sisi
masa gembira menghilang pergi
itulah gaya sahabat sejati
susah senang sama harungi

banyak beza kawan dan sahabat
jangan keliru wahai teman
moga hidup anda aman

dedikasi buat sahabat ku MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD
selamat hari jadi moga allah memberkati kamu...

Monday, October 5, 2009

kisah cinta sejati si ibu untuk si anak

Menurut kamus dewan edisi ke-4 cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd negara, orang tua, kebebasan, dan lain-lain cinta juga bererti perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan selain itu cinta juga perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll) perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu….telah jelas itu maksud cinta
Bulan ingin berkongsi satu cerita tentang cinta sejati( banyak dalam lagu nasyid yang selalu B nyanyi ). Nak di jadikan cerita la, masa tu bulan pergi ke sik ,kedah . kami pergi satu bas 4 kereta , masa tu semua orang kuat geng meletup GM balik kampung termasuklah Tok Ketua, dan Setiausaha Agung serta adiknya dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya. Kami tiba di masjid kampung Gulau (sebuah kawasan kampung yang berada di kawasan pedalaman yang mana ada penduduknya masih lagi menggunakan pelita minyak tanah dan mandi air bukit, ada rumah di buat dari buluh je) masa tu matahari dah tegak di kepala (dalam majalah ujang di panggil tengah hari gipsi), perut bulan bukan lagi berkeroncong dah macam-macam jenis lagu dah berdendang ,maklumlah lapar…
Setibanya di masjid tu , orang kampung dah sediakan makanan ,apa lagi kami pun turun je bas tak toleh kiri kana terus je makan, lepas makan tu bulan duduk di kaki lima masjid sambil tunggu zuhur, sambil melayan mata yang stim ni tiba-tiba bulan ternampak satu kisah yang agak menyayat hati, kisah cinta si ibu dan anak,
Bulan amati dengan betul tingkah laku dua beranak tu, si ibu memanggil si anak yang sedang bermain di tepi jalan supaya masuk di dalam kawasan masjid, puas si ibu memanggil si anak sambil berjuang untuk mempertahankan rezeki yang sedikit di depan matanya dari di gangguan oleh anasir-anasir jahat yang ingin meragut rezeki yang ada di hadapannya (kawan-kawan si ibu nak curi makanan si ibu). Dari pengamatan bulan rezeki tersebut hanya cukup si anak sahaja dan bulan tahu si ibu masih lapar dari pergerakannya bulan dapat mengagak.
Setelah agak lama si ibu memanggil anak ,barulah si anak datang(macam kita la kat rumah mak panggil pun liat nak datang) si ibu membiarkan anaknya makan, sambil itu si ibu mengusap-usap si anak, setelah habis si anak makan si ibu membawa anak ke tepi kolah di tepi masjid untuk minum, setelah selesai perkara makan dan minum si anak , ibu membiarkan si anak bermain di halaman masjid,…
Ketika si anak sibuk bermain, si ibu tadi datang kembali ke tempat anaknya makan tadi untuk melihat masih ada lagi baki untuknya, tapi sedihnya tiada ,yang ada Cuma sisa, bagi menahan kelaparan si ibu makan juga sisa tersebut. Bulan yang duduk di kaki lima masjid tadi rasa tersentap seketika melihat kejadian tersebut , lantas bulan bangun untuk mendapatkan si ibu tadi , tiba-tiba laungan azan berkumandang , biasalah bila azan ramailah pakcik-pakcik ,tok-tok datang nak solat, si ibu dan si anak tadi berdiri di bawah pohon jambu, dalam keadaan sebegitu bulan cuba untuk mendapatkan si ibu dan si anak yang berada di bawah pohon jambu itu, tiba-tiba bulan terdengar suara yang lantang memekik “suh…suh…pergi sana hang, buat kotoq ja…” tersentap sekali bulan dengan bicara pakcik yang berkopiah putih itu, lelaki itu bersuara kembali “Su ambek kambing hang in , wat kotoq kat masjid ni sat gi YB nak mai” dengan langkah yang agak pantas lelaki tersebut mencapai ranting kayu lalu menghalau si ibu dan anak “suh…suh… pi sana awat kedekak sagat kambing ni sembelih baru tau” yang mampu si ibu menjawab hanya “embekkkkk……embekkkkk….”suara yang bergetar dari si ibu kepada pak cik berkopiah putih, sambil meninggalkan butiran-butiran hitam ala-ala mutiara tapi Cuma lembik je, …si ibu dan anak kambing terus bergerak meninggalkan masjid untuk pulang ke reban yang terletak di tepi masjid… begitu lah ceritanya bulan yang menjadi saksi kepada cinta ibu kambing kepada anaknya

MORAL: cinta bukan hanya pada manusia tapi juga ada pada haiwan, cinta bukan hanya untuk wanita tapi juga untuk anak, maka siapa yang buang anak adalah mereka yang lebih teruk dari HAIWAN….SEDANGKAN SI IBU (kambing ) MENYANYAGI SI ANAK(anak kambing) APALAH LAGI KITA MANUSIA

SEKIAN BINGKISAN DARI BULAN JANGAN ADA YANG TERSENTAP TAU…

Friday, September 25, 2009

apa itu mamel...?

Apa itu mamel?...anda ingin tahu , sekarang biar bulan jelaskan . perkataan mamel merupakan cantuman perkataan ,iaitu male dan female. Kita biasa dengar akan perkataan male , male merujuk kepada lelaki ,segala perbuatan ,tingkah laku, pakaian yang lebih cenderung kepada lelaki, dan mempunyai nafsu pada wanita@peremuan@fuki (bahasa GM). Bagi female pula ia merujuk kepada perempuan ,segala tingkah laku ,perbuatan, pakaian yang cenderung pada wanita dan punyai nafsu pada lelaki @jantan(bahasa nata…lelaki bertubuh sasa). Memel merupakan cantuman dua perkataan ini , ia merujuk kepada golongan “akak-akak” @ANGKATAN MAK YAM SE-MALAYSIA (meletop your all)segala ciri-cirinya juga adalah cantuman dua iaitu male dan female, pasal nafsu tak dapat di pastikan dalam kajian bulan lagi huhuhuhu

CADANGAN: seharusnya di dalam setiap borang kene la letak mamel juga asik-asik male dan female je tak la menyusahkan golongan mamel kan

AMARAN KERAS:APA YANG BULAN TULIS IADA KENE MENGENA DENGAN MANA-MANA PIHAK HARAP JANGAN ADA YANG “TERSENTAP” DENGAN KARYAH BULAN YANG TENGAH MENGEMBANG NI …..

Wednesday, September 16, 2009

janggut

kenape dengan janggut....
"muke aku tak elok kalau tak ada janggut"
rasenya ku pernah dengar perkataan 2 tapi kenape janggut mu tiada lagi.
pelik rasanya bila janggut yang sekian lame bersarang di dagu mu hilang begitu umpama ayam kehilangan bulu, janggut mu umpama gula-gula getah bila da tak manis di buang, kesian janggut kehadirang mu tanpa di paksa permergian mu dengan tidak rela"hati ini telah mula di lukai "...apa pun biar la mu dengan diri mu yang tak berape nak keras macam agar-agar yang baru nak beku....asalkan mu bahagi sudah....ade ku kesah !
peringatan!!!jangan tersentap tau janggut

tersentap

tersentap boleh di definisikan sebagai terasa akan sesuatu perkataan atau perbuatan yang di lakukan kepada seseorang ..bagi bulan tiada istilah tersentap dalam diri ni tapi perasaan tak suka akan sesutu perkataan yang di ungkapkan sahaja yang ada dalam diri ni. biarlah ape yang orang katakan bulan tetap bulan .. keadaan pastinya akan berubah yang keras boleh jadi lenbut ,yang tegap boleh jadi kendur, yang molek boleh jadi burukyang baik boleh jadi jahat, dan biyon tetap biyon....
peringatan!!!yang trbaca jagn tersentap ye.....

selamat hari raye ..kedatangan ku tidak di sape kpulangan ku tidak di rase