CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

My photo
BERINGIN RENDANG, PUNCAK IDAMAN, Azerbaijan
ASAL KU...bila bulan mengambang maka akan tidurlah sekalian umat ,di masa itulah akan muncul seorang jejaka tampan yang bernama "BIYONCET"

Monday, October 5, 2009

kisah cinta sejati si ibu untuk si anak

Menurut kamus dewan edisi ke-4 cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd negara, orang tua, kebebasan, dan lain-lain cinta juga bererti perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan selain itu cinta juga perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll) perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu….telah jelas itu maksud cinta
Bulan ingin berkongsi satu cerita tentang cinta sejati( banyak dalam lagu nasyid yang selalu B nyanyi ). Nak di jadikan cerita la, masa tu bulan pergi ke sik ,kedah . kami pergi satu bas 4 kereta , masa tu semua orang kuat geng meletup GM balik kampung termasuklah Tok Ketua, dan Setiausaha Agung serta adiknya dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya. Kami tiba di masjid kampung Gulau (sebuah kawasan kampung yang berada di kawasan pedalaman yang mana ada penduduknya masih lagi menggunakan pelita minyak tanah dan mandi air bukit, ada rumah di buat dari buluh je) masa tu matahari dah tegak di kepala (dalam majalah ujang di panggil tengah hari gipsi), perut bulan bukan lagi berkeroncong dah macam-macam jenis lagu dah berdendang ,maklumlah lapar…
Setibanya di masjid tu , orang kampung dah sediakan makanan ,apa lagi kami pun turun je bas tak toleh kiri kana terus je makan, lepas makan tu bulan duduk di kaki lima masjid sambil tunggu zuhur, sambil melayan mata yang stim ni tiba-tiba bulan ternampak satu kisah yang agak menyayat hati, kisah cinta si ibu dan anak,
Bulan amati dengan betul tingkah laku dua beranak tu, si ibu memanggil si anak yang sedang bermain di tepi jalan supaya masuk di dalam kawasan masjid, puas si ibu memanggil si anak sambil berjuang untuk mempertahankan rezeki yang sedikit di depan matanya dari di gangguan oleh anasir-anasir jahat yang ingin meragut rezeki yang ada di hadapannya (kawan-kawan si ibu nak curi makanan si ibu). Dari pengamatan bulan rezeki tersebut hanya cukup si anak sahaja dan bulan tahu si ibu masih lapar dari pergerakannya bulan dapat mengagak.
Setelah agak lama si ibu memanggil anak ,barulah si anak datang(macam kita la kat rumah mak panggil pun liat nak datang) si ibu membiarkan anaknya makan, sambil itu si ibu mengusap-usap si anak, setelah habis si anak makan si ibu membawa anak ke tepi kolah di tepi masjid untuk minum, setelah selesai perkara makan dan minum si anak , ibu membiarkan si anak bermain di halaman masjid,…
Ketika si anak sibuk bermain, si ibu tadi datang kembali ke tempat anaknya makan tadi untuk melihat masih ada lagi baki untuknya, tapi sedihnya tiada ,yang ada Cuma sisa, bagi menahan kelaparan si ibu makan juga sisa tersebut. Bulan yang duduk di kaki lima masjid tadi rasa tersentap seketika melihat kejadian tersebut , lantas bulan bangun untuk mendapatkan si ibu tadi , tiba-tiba laungan azan berkumandang , biasalah bila azan ramailah pakcik-pakcik ,tok-tok datang nak solat, si ibu dan si anak tadi berdiri di bawah pohon jambu, dalam keadaan sebegitu bulan cuba untuk mendapatkan si ibu dan si anak yang berada di bawah pohon jambu itu, tiba-tiba bulan terdengar suara yang lantang memekik “suh…suh…pergi sana hang, buat kotoq ja…” tersentap sekali bulan dengan bicara pakcik yang berkopiah putih itu, lelaki itu bersuara kembali “Su ambek kambing hang in , wat kotoq kat masjid ni sat gi YB nak mai” dengan langkah yang agak pantas lelaki tersebut mencapai ranting kayu lalu menghalau si ibu dan anak “suh…suh… pi sana awat kedekak sagat kambing ni sembelih baru tau” yang mampu si ibu menjawab hanya “embekkkkk……embekkkkk….”suara yang bergetar dari si ibu kepada pak cik berkopiah putih, sambil meninggalkan butiran-butiran hitam ala-ala mutiara tapi Cuma lembik je, …si ibu dan anak kambing terus bergerak meninggalkan masjid untuk pulang ke reban yang terletak di tepi masjid… begitu lah ceritanya bulan yang menjadi saksi kepada cinta ibu kambing kepada anaknya

MORAL: cinta bukan hanya pada manusia tapi juga ada pada haiwan, cinta bukan hanya untuk wanita tapi juga untuk anak, maka siapa yang buang anak adalah mereka yang lebih teruk dari HAIWAN….SEDANGKAN SI IBU (kambing ) MENYANYAGI SI ANAK(anak kambing) APALAH LAGI KITA MANUSIA

SEKIAN BINGKISAN DARI BULAN JANGAN ADA YANG TERSENTAP TAU…

2 comments:

Anonymous said...

mcm penah dgr je cte nie.

cut n paste ek?

patut la takde ayat yg tunggang langgang n ejaan ke laut seperti yg terdahulu.

satu lagi.
npe dlm setiap cte msti letak GM?

sakit hati sgt ke?
atau tersentap?
atau ranking xnaik?

oopps.

ini bru sikit je.
nk tau bnyak lg,post la cte yg lain plak.

biyoncet said...

1.cerita hasil nukilan aku tak peranh ku cetak atau tampal....
2.kenapa ada GM kerana satu penghargaan pada GM ,biasalah GM kan Geng Meletop kan semua PERASAN popular,sorang nak jadi diva la , nak jadi artis la dll
3. ku tak pernah tersentap ,tak pernah sakit hati, tak pernah nak naik atau nak turun ranking.tak tau pulak kalau kau yang tersentap, sakit hati or nak mempertahankan ranking sebab tu tanya macam tu makulmla kan bakal YDP GM
4.tak de niat ku nak sakitkan hati orang or nak tersentapkan orang ,kadang -kadang manusia perlu senyap atau diam untuk memikirkan kesalahan mereka bukan terus bercakap tanpa memikirkan apa yang mereka cakap
5.banyak cakap banyak salah,banyak salah banyak dosa,banyak dosa neraka la tempatnya
6.kadang-kadan kita banyak mencari salah dan kekurangan orang tapi kita lupa akan kesalahan dan kekuangan kita .ingat kadang kala orang yang kita sangka lemah dan sering kita kutuk adalah orang yang lebih HEBAT dari kita
7.harap penjelasan ku dapat memuaskan hati ko yang tak pernah puas ng kritikan
8.maaf