CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

My photo
BERINGIN RENDANG, PUNCAK IDAMAN, Azerbaijan
ASAL KU...bila bulan mengambang maka akan tidurlah sekalian umat ,di masa itulah akan muncul seorang jejaka tampan yang bernama "BIYONCET"

Wednesday, January 20, 2010






Adakah anda kenal siapa penyanyi ini? Ini adalah antara penyanyi yang paling biyon sukai(fanatik )

Nama sebenar beliau adalah A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan IKLIM yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.

Abg Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Banyak lagu saleem yang biyon minat maklumlah biyon in antara peminat lagu rock jiwang ,anatara lagunya yang best kira boleh tangkap leleh la seperti bunga emas, bukan niat ku, bukan ku tak sudi, juwita dan banyak lagi, Suara abg saleem ni macam lemak-lemak serak gitu , kalau orang putus cinta dengar lagu Dia ni memang tangkap leleh la, sampai makan pun tak lalu,

Dalam banyak-banyak lagu abg saleem lagu “bukan niat ku” memberi seribu makna buat biyon, bila biyon dengar je lagu tu pasti biyon teringat kisah cinta pertama biyon (firs love) masa tu tingkatan 6 nama budak 2 N_ _ _ _ _ h . dia mintak putus tapi biyon tak nak, dan lama-kelamaan putuslah hubungan kami ,masa 2 bila .lepas je putus biyon terdengar pula lagu tu , terus mengalir air mata jawabnya, sampai sekarang kalau biyon dengar lagu tu mesti biyon teringat Kat dia

Tapi seribu kali sayang abg saleem ni suka hisap dadah , dah berapa kali dah dia keluar masuk pusat , tu la silapnya abg saleem ni nak kan suara sedap tapi ambil benda haram ni pula kesian aga saleem….

Kat sini adalah senarai lagu abg saleem dan IKLM :


  1. Suci Dalam Debu
  2. Satu Kesan Abadi
  3. Hakikat Sebuah Cinta
  4. Sandiwara Cinta Semusim
  5. Ammarah
  6. Bulan Jatuh ke Riba
  7. Gerhana Cinta Luka
  8. Abadi
  9. Selamat Tinggal Penderitaan
  10. Elusan Cinta
  11. Sayembara
  12. Menjejak Bayang Bayang ( duet Saleem & Wann )
  13. Budi
  14. Mimpi Yang Pulang
  15. Blues Terengganu Kita
  16. Mahligai Seribu Mimpi
  17. Mantera Anak Seni
  18. Aduhai! Seribu Kali Sayang
  19. Rumah Kecil Buluh Semambu
  20. Aku Pasti Kembali
  21. Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) ( LAGU TRADISIONAL )
  22. Bukan Aku Tak Cinta
  23. Dunia
  24. Patah Ranting Di Cermin Usia
  25. Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal )
  26. Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran )
  27. Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP )
  28. Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang )
  29. Pesona ( Saleem feat Hillary Ang )
  30. Sheilla
  31. What Can I Say
  32. Di Pintu Mahligai
  33. Sebenarnya Kata Pujangga
  34. Dialah Segalanya
  35. Si Karut Marut
  36. Bukan Niatku
  37. Kasih Syurgawi
  38. Retak Seribu
  39. Hey Maria
  40. Bukan Ku Tak Sudi
  41. Cinta Yang Aku Punya
  42. Karam Di Lautan Duka
  43. Mungkin Tak Pasti
  44. Puteri 96
  45. Sambutlah Tanganku
  46. Maaf
  47. Juwita
  48. Lara
  49. Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani )
  50. Dari Kekasih Kepada Kekasih
  51. Rajuk
  52. Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury )
  53. Mahligai Syahdu
  54. Ratib Orang Pinggiran
  55. Airmata Kasih
  56. Ratu Sanubari
  57. Merisik Khabar
  58. Antara Rintih Dan Tangisan
  59. Bunga Emas
  60. Senandung Semalam
  61. Insan Seni
  62. Semut
  63. Debu Debu Rindu
  64. Hutang
  65. Antara Hujan Dan Airmata
  66. Dendangan Kalbu
  67. Kau Anugerahku
  68. Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search )
  69. Alam Cinta
  70. Sepi Sekali
  71. Gerimis Senja
  72. Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad )
  73. Ke Hujung Hayat
  74. Cinta Buana
  75. Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi)
  76. Wanitaku
  77. Kamelia
  78. Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal )
  79. Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah )
  80. Tamu Jiwa
  81. Demi Cinta
  82. Tinggal Kenangan

Biyon harap jangan la kita hina bekas penagih dadah dan jangan la kita nak kan kelebihan kita gunakan dadah so ingat la semua